Wednesday 14 December 2016

Mini Reunion

Bismillah..
Peace be upon you..

Collecting moments, not things.

Yes. last 3rd Disember, it was really a happy day for me. My friends and i had a gathering. I named it Mini Reunion. haha. It is quite hard for us to meet nowadays. so, although we only just meet for only about 2 hours, we appreciate it. thanx guys for dropping by at my workplace. hee :)

Bff.. from 2007 till now..


With their kids. ;)


Ukhwah till last. insya Allah.

Till then,
See u guys later. :)

Saturday 29 October 2016

Trip ke Bandung, Indonesia

Bismillah
peace be upon you..

Indonesia. Memang salah satu negara yg dlm wishlist yg sy nak jejak kaki. Bandung, Medan dan Lombok. Tapi..kena satu persatu lah. Hehe. Yg pertama..ke Bandung.

Trip ke mana-mana pun, sy memang jenis plan awal2. Setahun awal pn lg ok. Hehe. Yg kes ke Bandung ni.. sy n Eyla mmg dh lama teringin nk p. Plan dlm kepala otak je mmg mcm2.. tp nk realitikannye tu yg asyik tangguh2 je. Hehe.

Nak dijadikan cerita, 10 Jan 2016.. bila tgk je ada pakej ke Bandung, terus gtau Eyla..pastu kitorg terus booking tiket flight. Memang decide on the spot, sbb aritu tarikh last airasia bt promosi murah. Semangat tu mmg ada, tmbah2 dpt partner 1 kepala, jd lg semangat. Haha.

13 Ogos 2016
Dr KB-KL dlu.. naik flight lps balik keje. Kul 11.15 smpai la kul12 lebih. Pastu bergelandangan la kt KLIA. Hehe. First time beb. Tido je kt mana yg ada ruang dia KLIA tu sementara nk tggu flight ke Bandung subuh nnt. Tak payah nk pelik2 ye..memang ramai je upenye manusia2 yg lepak kt situ mcm kitorg. Hehe



14 Ogos 2016
Flight ke Bandung as planned. Perjalanan dlm lebih kurang 2jam. Sampai sana, dijemput Lina dan Pak Mono. Diorg ni la yg jg sy and Eyla sepanjang kt Bandung. Tempat pertama diorg bwk ke Pasar Baru Bandung. Makan dulu isi perut. Dan terus shopping sket kat situ. Pastu ke Floating Market Lembang.  Singgah jgk beli kain pasang kt kedai ape ntah. Lupa nama. Hehe Malamnye ke Toko Tiga shopping lagi. Check in hotel malam buta. Hehe. HOTEL ANDELIR.


Di Floating Market Lembang. Pertama kali makan sate arnab kt sini. Nyum3

Shopping kain pasang dan jaket merah yg jatuh cinta sekali pandang. Hehe

15 Ogos 2016
Bgn seawal pagi. Turun breakfast. Pastu menuju ke Kawah Putih. Wajib la dtg Bandung kena ke sini kan. Hehe. Lepas tu lunch. Dan kemudian ke Farmhouse Lembang. Memang agak suntuk sikit masa kitorg. Sbb silap amik flight balik ke KL waktu pagi. Jd mmg tu je tempat yg sempat kitorg lawat. Tp lpas balik Farmhouse, sy and Eyla berani lg kua hotel p jalan2 di Cihampelas Walk. Mkn kt kfc dan jalan2 tgk kwsn situ. Hehe. Konon buat berani, nmpk org tepi jalan pn takut mcm nmpak hantu. Haha. Lawak sungguh.

Di Kawah Putih. Sejuk. Berangin dan berbau. Haha. Bau kawah yg buat sakit hidung. Haha

Di Farmhouse Lembang. Menarik dan susu yg sedap. Hehe

Suasana malam di Cihampelas Walk.

16 Ogos 2016
Sepatutnya ini hari kami berangkat pulang ke KL. Bayangkan dari awal pagi ready kat airport tu, sampai ke petang flight delay. Ingatkan smpai petang.. rupanyaaaaa delay sampai esoknya. Haha. Bandung sayang kami. Haha. Tak bagi balik. Airasia bagi teksi n hantar bermalam ke HOTEL VIO. Oh, untung jgk dpt hotel free yg ada kelas jgk. Haha. Malam tu merayap cari makan. Beli makanan kt gerai tepi jalan. Nasibku malang. Keesokan harinya kena cirit birittttt...huhuhu..

17 Ogos 2016
Ke airport awal pagi tu. Dan alhamdulillah flight dah ready. Dan kami sampai ke KL dalam kul 11 rasanya. Terus p tanya flight utk balik KB(sepatutnya flight balik KB mlm 16.8).. Luckily, airasia tanggung kerugian dan diorg bagi kami flight ke KB pukul 1 t.hari. Dapat Hot Seat plak tu. Hehe. Depan sekali. Alhamdulillah Allah permudahkan semua. (Kenangan paling tak leh lupa: ulang alik toilet sbb muntah dan cirit birit) hehe. Nasib badan..

Kesimpulannya..

Bandung adalah bandaraya yg jem merata. Hehe. Situ jem sini jem. Mmg kena guna supir yg terer. 

Kena pilih makan di tempat yg baik. Kena tinjau elok2. Sepatutnya ok je. Mungkin nasib malangku aja dong terkena cirit birit. Haha. Pengalaman sungguh. (Muntah n cirit kt airport Bandung) hik3

Bajet dalam seribu memang dah cukup dah nk p Bandung. Tukar duit mcm jutawan la kjp sbb diorg kan rupiah. Hehe. 

Till then,
Jupe lg la nnt.
Hehe.


Friday 21 October 2016

Nikmat kesihatan

Bismillah..
Peace be upon you..

Hari ni dah hari ke 11 selepas sy menjalani pembedahan buang cyst. Alhamdulillah dah makin sihat, sbb dah boleh bangun berjalan sendiri ke toilet. Sebelum ni masa kat hospital, umi kena papah n teman masuk toilet. Malu? Ya. Ngn umi pn sy malu sebenarnya. Hehe. Tapi, bila mana nikmat kesihatan ditarik, mampuke lagi nk malu-malu? Konfem2 kena dapatkan pertolongan org terdekat. Mujur Allah masih bg umi sentiasa di sisi saat diri tiada daya. Huhu.

Nikmat kesihatan. Sungguh, paling terkesan pd diri. Masa sakit tulah, kita akan sedar nikmat kesihatan antara satu nikmat yg Allah bg pd kita. Sungguh sy malu mengaku, 2 3 hari yg pertama selepas pembedahan, Tuhan saje yg tahu sakitnya bagaimana. Hingga tak mampu nk solat. Balik ke rumah, baru mampu solat cara duduk. Ya Allah, ampunilah hambaMu. Rs sesal sbb tak solat sambil baring, tp sungguh, mmg tak mampu waktu itu sbb sakit 😭

Pertama kali dlm hidup, solat cara duduk. Masa solat berair mata. Sbb tak sangka diberi ujian begini dr segi kesihatan. Lpas solat, sungguh2 mintak doa pd Tuhan mtk sembuhkan cepat2 sbb nk solat dgn sempurna. Kita slalu lupa, bila sihat, kita lupa yg kita sihat sbb Allah yg bagi. Allah nk bg sakit pn atas kehendakNya juga. Sungguh Allah sungguh baik pd kita..

Org yg alami shj akan paham ape yg sy sedang alami. Skrg sy dah rs mcm mn org bersalin ikut cara pembedahan. Sakit hanya Allah tahu. Org yg brsalin, kena jaga baby lg. Sy yg bedah tanpa ada baby ni pun rs mcm tak berdaya dah. Kuatnya la para ibu2. Huhu. Respect. Allah dah bg sy rs. Ini ibarat mcm rehearsal utk ms depan jika diberi peluang berpantang bersalin. Kan? Camni lah rasanya berpantang slps pembedahan. Huhu.

Cepatlah masa berlalu.
Sungguh, diri ini mengharapkan perubahan nnt. 
Perubahan ke arah lebih baik. 
Aminnn..

*nak pergi kerja sesangat.. boring terperuk dlm rumah. Tapi, kesihatan x mengizinkan. 

Ya Allah, sembuhkanlah aku secepatnya. Aminn

Sunday 16 October 2016

Friends in my life

Bismillah..
Peace be upon you..

"Org yg belajar jauh dr kampung, memang takde kawan sekeliling rumah, tapi akan ada kawan dari seluruh Malaysia."

Yes. True indeed.

Sementara memori masih segar dalam benak fikiran ni, rasa nk coretkan kat sini mereka-mereka yg mewarnai hidup sy selama ni. 

Kalau bercerita bab kawan, mmg sy jenis payah nk brkawan. Bukan sombong, tapi mungkin lebih kpd malu. 

Start dr sekolah rendah. 
Darjah 1-6. ( tahun 1995-2000)
Asmalina dan Nornirwani. Yg ni geng zaman kt Sek Ren Keb Kemudi, Bachok. Yg paling best waktu pagi2 sblm start prhimpunan, kitorg akan beli nasi lemak 50sen, pastu makan kt kusi depan kelas. Ikin bilis diorg amik. Sy kan tak makan ikan bilis. Haha.

Form 1-3 (tahun 2001-2003)
Start form 1-3, kat Sek Men Keb Bachok. Bila masuk form 3, kena paksa ngn umi duk asrama demi PMR. Nangis2 taknak, bg alasan dekat warden asrama konon-konon bilik prep bising, jd xleh study. Warden pn bg bilik prep special punye. Ms ni lah jd ada geng. Ada Yatie, Dayah, Lah, Azyyati, Mimie dan Ja. Hehe. Sampai sekarang kitorg berhubung lg. Nama group watsap 'sek kito jange pecoh'.. haa.. gitu. Hehe

Form 4-5 (tahun 2004-2005)
Masa ni zaman kat MRSM Kota Putra, Besut. Emma, Mirah, K.eli dan ramai jgk kwn2 kt sini. Emma ni my deskmate la. Sbb tiap2 ari dlm kelas duk sebelah-menyebelah, mmg byk study sesama. Emma jgk yg ajak sy g jupe teacher ms rehat. Sanggup tak makan waktu rehat, tp g bilik guru study ngn teacher. Hehe. Thanx Ma! SPM Kita dapat A for English n EST! 

Matriks Kulim (tahun 2006)
Setahun kt Kolej Matrikulasi Kulim, Kedah. Kat sini Emma pn ada, tp dia dah amik aliran Fizik, sy plak aliran Biologi. Jd ms ni geng study dah berubah. Hehe. Ms ni byk rapat ngn Siti dan K.eli. Tak lupa jgk Lile. Ida pn. Hehe. Byk study group kt sini. Jd mcm baik ngn ramai org. Paling best time cuti beli nasi lemak, bwk makan kt katil dlm dorm. Dorm Sayang namanya. Hehe. Pergh, memories sungguh. Hehe

UKM (tahun 2007-2011)
Kt universiti ni lain mcm plak study nye. Payah memang payah. Smpai kdg2 nangis pn ada. Haha. Geng kt sini dan sekarang pn masih lg geng. Diha, Irni dan Hani. Zaman duk Plaza Rah best. Pergi beli nasi kt medan selera pastu makan ramai2 kt kondo. Lauk paling best ayam pedas+telur dadar. Haha. Dlu Hani slalu amik peha. Skrg sy plak suka makan peha ayam. Haha. Pastu kalo musim kita masak sendiri, wahh Diha paling terer. Hehe. Irni plak suke erobik ikut lagu dlm laptop dia. Haha. Mcm2 ragam kita ni. Tp best bila ingat balik sume memori ni. Hehe

Biar tak ramai, tapi syukur sebab masih ada sampai sekarang.

Hubungan demi Allah. Saling berdoa supaya semua kawan2 dan sahabat2 sy sentiasa dalam kesejahteraan dan kebahagian.

Terima kasih Allah.

Saturday 15 October 2016

Kronologi Cyst


1 sept 2016 (khamis)
- cek kat klinik penambang
- doktor diagnos ovarian cyst 13cm
- akan dirujuk ke hospital besar kB

28 sept 2016 (sabtu)
- jupe doktor pakar HKB Dr. Nik Ahmad
- diagnos ovarian cyst+tumor 15cm
- perlu buat CT scan utk tgk keseluruhan
- tarikh utk CT scan 16 oktober 2016.

Tapi sbb taknak tggu lama.. p kt kpj Perdana Kota Bharu.

8 Oktober 2016 (sabtu)
- jupe doktor pakar Dr. Zanariah.
- ms ni scan cyst dah multiple..banyak.. saiz plak dh dekat 20cm
- kul8.30 malam admit hspital
- kul9.19 misi dtg pasangkan branula

9 oktober 2016 (ahad)
- minum barium 7pagi, pastu pukul 8.30 pagi sblm buat ujian CT scan
- dlm pukul 9.20 pagi masuk bilik CT scan. Tukar baju, masuk tiub dlm punggung, minum barium lg.
- proses CT scan amik masa hampir sejam jgk.
- 7.45 mlm, doktor bius dtg bg penerangan dan amik tandatangan
- 9.30 mlm dh start tido..

10 oktober 2016 (isnin)
- 9.30 pagi misi dah kata kena p bilik operate
- lpas kena msuk bius, dh x sedar ape.
- sedar2 dh mlm bl ubt bius makin habis. Sakit Allah saje yg tahu.

11 oktober 2016 (selasa)
- org ramai dtg mlawat.
- petangnye k.amy dan umi ajar bgn brjalan. Syukur dh makin ok sket. Tp masih seksa nk bangun n duduk

12 oktober 2016 (rabu)
- pagi tu minum teh. Pastu dakit perut sgt2. *reminder: xleh minum teh. Nnt perut angin
- doktor kata dah bleh discharge, tp mtk ngn doktor nk sehari lg. Sbb belum buang air besar. Kt umah takde toilet duduk. Susah. Sobs. Doktor ok je.

13 oktober 2016 (khamis)
- alhamdulillah.
- dah bleh balik umah arini.
- bil hospital rm12k lebih. Mujur ada insurans. 
- syukur Allah permudahkan sume.
- syukur jalan pn dah ok sket. Tp masih membongkok dan slow2 jalan.

Rabu nnt 19 oktober 2016, kena pergi hospital untuk follow up. 

May Allah ease everything.
Aminn



Thursday 22 September 2016

Daftar haji guna KWSP

Bismillah..
Peace be upon you..

Korang dah daftar haji belum? 
Entri ni saje nk bercerita pasal daftar haji. Dulu sy hanya tahu untuk kita melayakkan diri dapat tahun giliran buat haji, kita perlu ada duit rm1300 (duit beku) dalam akaun tabung haji. Maksud duit beku tu ialah rm1300 yg kita tak boleh guna utk pengeluaran dah. Hehe.

Rupenye ada 1 lg cara selain guna duit dlm tabung haji, iaitu guna KWSP. Perkara ni memang dah lama org buat, mungkin sy yg lambat tahu. Hihi. Tapi, ok la kan..tahu jgk. Better late than never. Gituu.. hehe

Pagi td, sy p tabung haji, hanya bawak buku akaun tabung haji dan salinan terkini KWSP. Gtau je kt org tabung haji nak buat daftar haji.

Tup tup tup tup. Setel. Hehe. Sekejap je.
Alhamdulillah. Sekarang dah berjaya letak nama dlm sistem diorg. Hehe. Tahun anggaran yg sy dapat ialah tahun 2107. Phewww.. hehe. Lebih kurang 90tahun lg. Takpelah, yg penting langkah pertama dah amik dah.

Ya Allah, sampaikanlah hambaMu ini ke rumah Mu.. aminn..


Sunday 4 September 2016

Singapore Day Trip with my lovely Umi

Bismillah..
Peace be upon..

Singapore. Kota Singa katanya. Tahun 2010 dulu sy pernah datang dah. Tapi, dgn lawatan belajar. Dan tak puas hati sbb mmg takde jalan2 pn, sekadar ke kilang je. Haha.

Thats why sy mmg teringin nk jejakkan lg kaki ke kota singa tu. Sy bwk umi je, nk pergi ramai2 satu family, tak cukup bajet ms tu. Haha. Well, sume tahu kan mata wang kt sana tinggi beb. Aritu pergi sana sy tukar duit rm600 dapat 200SGD. Phewww..

Memang jalan2 je sehari suntuk. Nama pun One Day Trip kan. Hehe. Dari subuh hingga ke malam mmg round Singapore je la. Hehe

Tepek sini la gambar2 kenangan sepanjang kt Singapore ritu ;)









Puas hati, walaupun hanya sehari. Hehe. :)

Saturday 3 September 2016

Cyst

Bismillah..
Peace be upon you..

1september 2016.
First time datang cek kesihatan kt klinik Penambang. Asalnya nak cek tahap kolestrol. Pastu alang2 sekali,terus tanya doktor psl perut buncit ni. >_<

Actually, sejak setahun dua ni memang dah rasa perut mcm buncit je. Sy ingatkan sebab berat badan naik. Tapi dah banyak kali dah sy mengadu yg rasa mcm buncit lain mcm, mcm ada ketulan keras dlm perut, pastu jarang2 sekali, sakit perut. Tapi, takde org peduli sgt. Diorg ingatkan saje2 je sy ckp perut buncit. Huhu.

And guess what news i got today? Hmm..
Mula2 doktor cek2 cmtu je perut, pastu dia rasa lain, dia kata nk scan. Dlm hati sy "wah..scan mcm org nk tgk jantina baby je". Hehe. Pengalaman awal. Belum pregnant dah nk kena scan. Huhu.

And then, cuak jgk la bila doktor siap panggil doktor yg sorg lagi, pastu 2org lg misi. Diorg terkejut bila pegang perut rasa ketulan(cyst) tu. Doktor ukur, katanya dah 13cm.. diorg duk ckp2 selalunya yg 8cm pn kena operate dah.. sy punye ni dah 13cm. Dup dup dup. Debar wehh.. mereka ckp ovarian cyst. And they will give me a date for a follow up at the hospital.

Mereka kata kena operate. Ape yg sy harap, mudahan lepas operate, dah takde ape. Insya Allah. 

Doakn ye!

Ni study sket pasal ovary cyst. (Takut punye pasal)




Sunday 28 August 2016

Melaka with Eyla

Bismillah..
Peace be upon you..

Fuhhh... it has been about 3months this blog is being ignored. Haha. Ape nak jadi nihhh.. hehe. Too many things come out perfectly, alhamdulillah ;)

Sebelum memori dlm kepala ni makin penuh dan kemungkinan akan dimakan virus, jd hari ni rasa nk bercerita kt sini pasal sy dan Eyla jenjalan ke Melaka. Lama dah cite ni sebenarnya. Its on 7 and 8 Mei 2016. 

Alhamdulillah sy dapat geng yg suka jalan2 jgk, si Eyla ni la. Hehe. Thanks beb! We are enjoying our single time now. Haha. Masing2 kan bujang lg, so memang takde halangan nk jalan ke mana pun. (Ye ek?)haha ;p

Part paling best utk pengembaraan kami ke Melaka kali ni ialah sebab kereta. Haha. Kami naik flight from kB to kL. Smpai kL, plan asal nk sewa kereta ke Melaka. Tapi mujur masa tu kebetulan ada kereta umi dgn k.Amy..jd kami amik kereta tu ke Melaka. Jimat bajet ;)

And the journey began succesfully. Sukses mula2 jela. Sebab ada masalah lepas tu. Haha. 2jam perjalanan memang hepi je la. Sambil drive, sambil dgr lagu, sambil borak2. Rilekkk..nama pn brcuti. Tapìii, masuk je bandar Melaka, tetiba aircond kereta tak hidup. Memang out of sudden la. Terus xde rs sejuk sikit pn. Arghhhhh, dah la masa tu t.hari, mmg panas beb. Mcm udang kena bakar duk dlm keta ms tu. Haha. 

Kami terus p hotel. Estadia Hotel. Terus check in, mandi2 dan solat. Lega kejap. Tapi dlm kepala duk pikir lg ape masalah kereta ni. Haha. Pastu, terus siap2 nk kua makan n jalan2. Memang main point ke Melaka kali ni adalah sebab nk kenal The Shore dan Pantai Klebang. Jd ape nk jd pn, mmg kena pastikan sampai tempat ni. Hehe.

Kami p kedai makan dulu masa tu, sbb dgn keadaan kereta yg takde aircond dan suhu yg sntiasa tinggi tu, jd baik kami pn isi perut kami jgk. Takut sama2 naik angin sama dgn kereta, lagi parah. Hahaha. Kami p makan kt kedai tersohor situ, kedai Asam Pedas Claypot. Sambil makan, smbil pikir la ape pasal kereeta ni naik kejap je, terus suhu naik merah. Aihhh..


Lepas perut kenyang, kami terus ke The Shore. Kat sini sebenarnya nak jejak kaki kat tingkat 43. Katanya tertinggi kan3..jd nak rasa la cmne kt atas sana. Hehe. Dh lewat petang masa tu. Situ bukak smpai malam. Jd kami lepak atas sana dr lwt petang hingga malam. Konon2 lepak lama atas tu sbb nk bagi enjin kereta sejuk la. Rupenya memang tak ok2 jgk. Asal gerak je seminit dua, suhu terus naik merah.. ayoyo.. 



Tapi yg lawaknya, dalam duk runsing tu pn kami singgah makan plak sebelum balik hotel. Hehe. Berdua je kt negeri org, perasaan masa tu mcm ape je. Haha. Takut ngn tak takut sama byk je. Haha. Dgn takde kenal sesape pun, tapi buat2 berani jgk. Haha. Makan tetap kena makan kn. Haha. Kenyang perut baru boleh pikir rasional sket. Habis mkn, terus balik hotel. Smbil drive, smbil doa kereta jgn meletop. Haha. Eyla ckp bonet dpn  leh trbukak dgn sendiri kalo enjin panas. Errr..agak takut jgk, tp tetap rilek sbb tak pernah alami. Keh3.

Sampai je hotel malam tu, syukur sesangat dah. Hehe. Tido. Dan dah pikir hari ke2 kami cmne. Haha. Malam tu Eyla tgk kat wechat Nurul yg dia pn ada kt Melaka. Jd kami plan nk jupe dia mtk kwn dia tengokkan kereta. 

So, esoknya hari ke2 kami. Pagi tu ape2 hal pn , breakfast tetap breakfast. Bayar hotel mahal2 taknak breakfast rugila kn. Haha. Lepas perut kenyang, konon buat keputusan nk balik awal ke putrajaya.


Tapi, sblm brtolak tu, Eyla cek tangki air kt bhgian dpn tu. Masya Allah..kering kontang tang tang tang. Haha. Fuhhh.. dia try buh air sket. Padahalnye kelmarin dh buh air, tp dlm tangki 1 lg. Paham tak? Haa..ada 2 tangki tau kt depan bahagian enjin tu. Kalo xtau, p tengok skrg. Haha. Sy pn baru tahu hari tu la. Kalo x jdi kejadia cmni, smpai kesudah sy xtau pn psl tangki air kereta. Hahaha.

Kami p jupe Nurul kt hotel Sentosa. Rasa hepi mcm episod jejak kasih ms tu. Haha. Sbb baru rasa lega ada jgk org yg kami kenal kt Melaka ni. Hehe. Diorg tolong2 cek kereta, bukan diorg je tau, siap ada pakcik sorg ni mtk bwk p bengkel dia plak tu. Haha. Tp bila cek tangki air tu yg sbnrnya masalah, dan rasa mcm dah ok2, kami buat keputusan tak pyh la smpai nk masuk bengkel. Hehe.


Runsing ada lg dlm kepala. Tp Pantai Klebang tetap kami singgah. Haha. Bergambar sekeping dua utk dijadikan kenangan. Oh, sebenarnya bukan sekeping dua, tapi berpuluh keping rasanya. Hehe.




Lepas tu, singgah balik ke Dataran Pahlawan beli oleh-oleh sket. Lepas tu la baru kami bertolak balik ke Putrajaya. Malam tu naik flight balik ke Kota Bharu. Fuhhh.. berjaya. Haha



Amacam? 2hari di Melaka full with lesson. Pelajaran dan kenangan. Hehe. Trip jenjalan kali ni mmg sy dpt byk benda. Dari tak tahu pasal suhu kereta dan tangki air, skrg sy dah tahu. Haha. Pastu sy dapat belajar yg dalam kehidupan ni kita kena berani wlwpun kita perempuan. Berani. Tau? Kena berani. Hehe. Berani2 pun, doa mtk Allah lindung jgk ye. Asalkan kita bergantung pd Allah, insya Allah Dia permudahkan semua. ;)

Tuesday 31 May 2016

Full day with family 21mei2016

Bismillah..
Peace be upon you.. ;)


Credit to Amir, who did this awesome video. Hehe.

Full day with family 😄😄
Syukur Alhamdulillah.

Wednesday 18 May 2016

64th

Bismillah..
Peace be upon you.. ;)


12 May 2016.
My father which i called Wea turns to 64.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Praise to Almighty. 
I'm glad Allah still giving me a chance to live with my family.
Ya Allah.. please give longevity to my parents..as i want to bring them for umrah in the future. Besides, there are a lot of things that i want to give to my parents. Please give me a chance. Aminnn.

Salam. 😊
For whoever read this, please pray for me too okay? Thanks 😊

Saturday 23 April 2016

Aircond problem solved.

Bismillah..
Peace be upon you.

Wednesday, 20 April 2016.
Thumbelina's aircond is back to normal.
Alhamdulillah. Yeay! Hehe

Recommended here. Very good service☺

This in the main problem. The clutch of the aircond compressor.

Here is the boss.. hehe. Tq uncle! U r such a good and kind-hearted man. 

Total : rm550 (clutch+filter+service)

*when it comes to any problem, we must take into consideration from many side.

Mksud sy..contohnya kalo bab aircond rosak, jgn terus baiki. Sebaliknya, kena survey byk tmpat n byk brtanya. Jd kita akan puas hati bila dpt yg trbaik. Hehe.

Till then, bye!
Salam


Tuesday 19 April 2016

Unexpected thing happened!

Bismillah..
Peace be upon you.. ;)

Unexpected thing = benda tak dijangka.

In life, we have to accept the unexpected thing happened. (Betul ke x grammar english ni xtau la..haha. yg penting, nk try writing) hehe.

So, my story begin like this.
Yesterday morning, Thumbelina's aircond was being in really good condition.. (note: Thumbelina is my car).

At 1 p.m., it got problem. It's not functioning like always. Sigh ;(
Can u imagine i have to drive in hot weather at this time? Grrr..

I went to workshop and also to perodua service centre at Berek 12. So..the main problem was the aircond compressor. And i was like got a bom in my head when they told me it cost about more than 1k. Huh?

Just here my little 2 cents :
Its just like acute disease. Out of sudden we got problems. Yes, we can solve it. But, how ready we are? Hmm.. by hook or by crook, i have to settle it, right? ;)

I positively think that was just aircond problem. How if i get health problems in a sudden? So, i told myself, i can solve this. Yes, i can. ;)

In future,
Ready for
Unexpected thing
In life.

;)

Wednesday 13 April 2016

Kawan ke kita?

Bismillah..
Peace be upon you.. ;)

Kawan. Mengaku kawan. Bl org tye awk bkawan dgn dia tak? Ye, sy kawan dgn dia. JADI kalo mengaku kawan. Jaga dia. Jaga maruah dia. Jaga barang2 dan semua yg berkaitan dengannya semasa ketiadaannya. Barulah betul KAWAN.

Bukannya...
Bila org ngumpat pasal kwn kita- awak terus percaya dan join skaki. Kawan ke awk cmtu?

Bukannya..
Bila org kata yg tak elok pasal kwn kita- awak tak tolong back up sikit pn kn. Awk siap tambah lg ada la kn. Kawan ke awk cmtu?

Bukannya...
Bila org tak suke kwn kita- awk takde pn tolong bg penerangan yg baik2 kn? Awak takde pn cite kebaikan2 yg pernah kawan awk lakukan sepanjang awk brkawan dengannya supaya org luar yg tak kenal dia akan pk positif psl dia kn? Kawan ke awk cmtu?

Jernihkan kawan awk.. andai betul awk betul berkawan dgn dia. Buatkan org pk yg awk sedang brkawan dgn org yg baik2. Kenapa awk sendiri yg burukkan kawan sendiri di hadapan org yg tak kenal pn kwn awk tu?

Sometimes, i wondering..betul ke awak kwn sy jikalau awk join mereka burukkan sy?

Think.

Wednesday 6 April 2016

Hai!

Bismillah..
Peace be upon you.. ;)

It has been 2months i ignored this blog. Hehe. I love to write, but it looks like that i am lazy to write nowadays. Sighhh 😅

2months guys. Many things came up and down in my life. Somehow i learned so many things. And i agree that i absolutely have to be grateful as often as possible.

I got chances, i got gifts, i got love and etc. Too many to bless. I am grateful till today. Sometimes when i face with problems, but Allah will show me that there are many other people that have more bigger problems than mine, simultaneously. Allah loves me. He doesn't me tu upset easily, right? 😊

Actually i have some story to put on this blog (for me to reminiscing those story in my life in the future).

Maybe in the next entry. Insya Allah. Hehe 😊😊

Salam.

Tuesday 2 February 2016

Kad kredit maybank

Bismillah..
Peace be upon you..

Petang 2 Feb 2016.. sy dpt call dr maybank kuala lumpur.. pasal kad kredit..
Slalunya kalo org bank call, mcm2 mn sekalipun, mmg sy akan cuba ngelak. Hehe. Insurans la..kad kredit la.. mcm2..hehe

Tp nak dijadikan cite.. bleh plak hari ni sy terbaik hati nk dengar sampai habis penjelasan budak cina tu. Hehe. Sesedap je pggil dia budak kn. Nama dia Yee Gin. Dia explain pasal kad kredit maybank.

Eh, ni ape pasal la plak sy bleh cair nih? Haha. Mcm tertarik plak pasal kad kredit kali ni. Katanya takde yuran tahunan, dapat banyak treats points and so on..

So, after conversation pjg lebar dgn dia.. lepas tu ape lg.. sy mula la bukak pak cik serba tahu kita, iaitu pak cik Google. Haha. Well..kat google kan kita bleh tahu sume perkara.

Tak nak la dengar dr 1 pihak je. Ye la kn, slalunya bila sy tye je sape2 pasal kad kredit..sume akan cakap "tak payah wat hutang laaa".. " jgn cari masalah laa".. dan mcm2 lg kata2 negatif dilemparkan pada kad kredit. Haha. Cian dia. Hmm..tu level pengetahuan diorg pasal kad kredit, sy tak salahkan diorg pn. Tapi, sy jenis suka baca dan dengar dr byk pihak. Barulah puas hati.

Berbalik td, lepas sy baca mcm2 pasal kad kredit di internet, ternyata kad kredit tak bersalah. Hahaha. Pemilik kad kredit tu yg kita kena kaji sbnrnya. Overall, kalo rasa xleh kawal nafsu nk membeli, jgn guna kad kredit. And lg satu rules wajib kalo nk guna kad keredit "GUNA DAN BAYAR ON TIME". Jgn tangguh bayar. Simple.

Contoh: sy nak beli kasut harga rm100 guna kad kredit, sebelum tu sy kena pastikan sy memang dh ada rm100 dlm akaun bank utk bayar kad kredit yg sy guna tu.

WAJIB mcm tu. Barulah kita dpt mnfaat. Jgn beli dulu sedangkan dlm akaun bank xde duit. Ada paham? (Pesan kat diri sndiri jgk sbnrnya ni)..

Lagi satu, apa yg sy paham..kad kredit akan bg kita byk kelebihan dengan banyaknya treat points yg kita ada. Mcm2 kita bleh redeem. Paling utama, jgn LEWAT BAYAR. thats it.

Sy niat, kalo la btl sy akan dpt kredit kad tu nnt, kad kredit tu sy akan fokus utk kumpul point dan takkan sesekali lewat bayar. Cewahh. Haha. Amin3..
(Masalahnya skrg tak confirm lg sy dpt ke x..hehe..sbbnya dia suh anta slip gaji, tp sy x anta pn. Haha).. tgk la cmne nnt..kalo dpt, dpt la. Kalo xde, xpe je. Hihi.

Cumanya rasa hepi bila kita dh paham sket benda yg sebelum ni kita tak paham. 😄

Membaca luaskan pengetahuan. Eh, tetibe. Haha..

Tili then, bye!

Wednesday 13 January 2016

Mora Pure Argan Oil

Bismillah.
peace be upon you..

Taraaa!! I just got this just now. Its known as Pure Argan Oil. Saje nk try guna. Well..memang dah lama cari serum utk muka sebenarnya..sebab nya sejak setahun dua kebelakangan ni muka memang kerap naik jerawat dan merah. So.. sebagai alternatif percubaan..i bought this one. ;)
Produk by Mira Filzah. Kenal x? Alahhh..pelakon yg tgh hangat skrg. Heroin drama Cinta si Wedding Planner. Hehe. Manalah tau kot2 pakai produk dia jadi muka sehalus semulus Mira Filzah. Kah3..aminn ;p

ni antara kelebihan dan fungsi2 kebaikan Argan Oil. ;)

Tak cuba..tak tahu kan. Sbb tu nak try. Muka dan tubuh badan kn salah satu yg Allah bagi pinjam..jadi kita kena jaga la sebaik mungkin. ;)

*i bought this from the instagram @moraessential

Till then..bye!
Salam.

Sunday 3 January 2016

autodownline. jom!


bismillah..
peace be upon you.. :)

Rakan2, Jom LETOPkan Biz On9 kita dgn AutoDownLine System : FREE SIGN-UP, anda tak rugi apa2 pun http://AutoDownLine123.com/?ref=63571

siapa berani, klik ye. hehe :)  sini

see you soon :)

Friday 1 January 2016

Sinopsis Tahun 2015

Bismillah..
Peace be upon you.. :)

Alhamdulillah.
Tahun 2015 sudah pun melabuhkan tirainya.

Dalam banyak2 plan yg dirancang, ada yg tak menjadi dan ada jgk yg mnjadi lebih dr kemahuan hati. ;)

Bukankah Allah dah gtau, perancangan Dia adalah yg trbaik utk setiap hambaNya. Jadi, mana mungkin kita mampu nk elak dr menghadapinya..

Pnjg plak intro post ni. Haha.
Sebenarnya nk tulis kasi diri sendiri ingat je nikmat2 yg telah Allah bg pd diriku sepanjang hidup ni.

well, sbnrnya yg pling best sebab dlm tahun 2015, byk tempat sempat sy pergi. Yup! I love to travel, tp blum mmpu utk travel jauh2 ke luar negara. Tapiii, Alhamdulillah sgt2 dah dpt jln2 dlm Malaysia trcinta ni. Haha.

i love to travel, sbb nk tgk keadaan di tempat yg berbeza. Lain tempat, lain budaya, lain masyarakatnya, dan serba-serbi lain la. Sbb tu i suke jenjalan!

And accidently, 2015 full of trip for me! ;)

Kuala Lumpur (Januari)
Putrajaya The Atmosphere & Cameron Highlands (Mei)
Melaka (Jun)
Bukit Tiggi, Janda Baik (Ogos)
Terengganu (September)
Sarawak (November)
Bukit Fraser (awal Disember)
Tak Bai (akhir Disember)

Pheww.. some of the places sebenarnya dah pernah pergi, tp dgn org lain. Tapi yg tahun 2015 ni byk dgn family dan dgn kwn2 yg lain plak. Sbb tu rasanya lain . Hehe

Alhamdulillah Allah for everything ;)

*bertambah lagi umur 1 digit. Hihi

Tak Bai, Thailand

Bismillah..
Peace be upon you.. :)

•Selasa, 29 disember 2015, kali pertama jejeak kaki ke Tak Bai, Thailand.
•Pergi dengan Eyla dan Ain.
•Naik bot tambang rm3.
•Kena sekat dgn polis marin kat pengkalan, tapi beres je sbb upenye dia kenal. Hehe. Pernah beli spek kataya. Hehe
•Shopim dr pukul 9.30 hingga pukul 12 t.hari.
•Puas hati shopim.. Total rm 160 (3 helai jubah+sehelai skirt+sehelai tudung+brooch+air+makanan)





Akhirnya dapat jugak kenal pasar Tak Bai. Hee ;)