Peace be upon you..
Hari ke2 kami di Sarawak. 4 november 2015.
Nak tau bgn pagi kul bpe?
Kul 5 pagi beb. Phewww! Haha.. Mcm x prcya plak bleh plak bgn kul5 pagi. Semangat kental gitu.hik3. Subuh kat sana awal tau. Kul 5 dah subuh. Jd pagi tu, bgn2 pagi terus mandi, solat dan brsiap-siap utk keluar. Gigih kn..hehehe ;)
Dlm kul6.30 camtu, kami bertolak menuju ke Sarawak Cultural Village. Kononnya sbb takut sesat atau lewat sampai, sbb tu bertolak awal. Rupenya senang je smpai. Guna aplikasi Waze, mmg konfem smpai dgn tepat. Haha.
Plan nye nk breakfast di Central Damai..pastu masuk Kg.Budaya, tp sbb awal sgt smpai, foodcourt kt Central Damai tak bukak pn lg. Hik3. Jd kami sume p bergambar la dulu kt Pantai Santubong. ;)
Best brgambar sebab xde orang lg masa tu. Kami ber6 je. Yezzza! ;)
Lps dh puas bergambr, kami breakfast kt foodcourt Central Damai. Rezeki kami masa tu, pak cik yg jual air kt situ tawar diri nk belikan tiket masuk Kg Budaya. Harga asal rm63, pak cik tu belikan dgn harga rm55.. Ok ler tu kn. Hehe.
Selfie sblm start masuk. Keh3. Okeh, jom!
Dr kul9 lebih hingga kul 11 lebih kami round2 dlm Kg.Budaya. Memang betullah org kata, kalau datang Sarawak, elok masuk Kg.Budaya, sebabnya dalam tu seakan-akan kita boleh mengetahui semua pasal Sarawak. Sebab dalam tu ada mcm2 rumah utk setiap etnik di Sarawak ni. Kami gigih p masuk setiap rumah yg ada dlm tu. Ada rumah Melayu, rumah Melanau, rumah iban, rumah Cina, rumah Bidayuh, rumah Penan dan byk lagi. Di setiap rumah tu, kita bleh cop di buku pasport yg pihak diorang bg brsama pas masuk. Gigih kn.hehehe.
start your journey from here katanya. hehe
sesi cop mengecop kat buku pasport. :)
Kul11.30, kami ke teater sebab ada persembahan kebudayaan. Mcm2 tarian la diorg persembahkan. Ok la. Menarik. Hehe
Fuhhh..memang puas hati la sesi pagi kami kt situ. Hehe. Bila keluar dr situ, perut dah mula teriak mtk diisi. Kami pecut keta ke Restoren Kopi O'Corner. Lunch situ.
Kat sini selesa dan servis pn ok. :)
Perut dh kenyang, straight go to shopping! Hehe. Kami p Indian Street. Borong kain batik Sarawak dan t-shirt. Bayangkan shopping dlm kalut mcm mn. Haha. Sebabnya kul 5 kami nk p naik Sarawak River Cruise plak. Haha. Mcm puas tak puas je nk tilik elok2 kain-kain batik masa tu. Tapi xpelah, borong je la. Haha.. sebab memang kain-kain batik tu cantik2 sume :)
Kul5 camtu, kalut2 p tepi waterfront Kuching utk Sarawak River Cruise. Memang dlm wishlist nak naik cruise menyusuri sungai Sarawak, so kalut tak kalut pn, alhamdulillah kami sempat je naik.hehe. Pastu ditambah untung lagi, kami dpt separuh harga je. Sebabnya memang 50% diskaun bagi sesape pn yg stay kt Tune Hotel. Jd, harga rm60, jd rm30 je la. Hehe.. Err..tp sbnrnya jd rm31.80(gst punye pasal. Cisss!) :p
Atas cruise tu ibarat tempat kami rehat lepas shopping la ni. Haha. Dari kul5.30 hingga kul7 kami atas cruise. Sambil tgk pemandangan sepanjang sungai Sarawak, sambil2 makan kek lapis dan minum air oren yg berkali-kali kami tambah. Haha. Siap ada tarian kebudayaan lagi atas cruise tu. Layan je laa. Hik3
Posing atas cruise. Hik2. Muka keletihan tapi hepi.hehe
Bergambar kenangan depan cruise
And guess what we do after that...
Haha.
Badan letih sbb jenjalan dari pagi hingga maghrib. Kami decide nk p terus makan malam. Jd balik hotel kejap je, letak barang-barang shopping, terus out looking for dinner. Ermmmm..seberang sungai plak. Naik bot tambang rm1. Hehe. Kami p shopping kek lapis di Kedai Kek Dayang Salhah..lepas tu baru p makan di restoren My Village Barok. Makan2, borak2, dan habiskan masa. Esoknya kn dah nak balik semenanjung. Cehh..memang tak puas hati lg sbnrnya..sbb tak puas jenjalan lg.haha!
Dinner ;)
Balik hotel lepas tu. Gaduh kejap dgn pihak pengurusan hotel. Haha. Sebabnya bilik Yatie n Dayah xleh bukak. Sistem pintu rosak. Diorang kata nk bagi bilik lain. Memang la kena bg bilik lain, masalahnya diorg kata nk bukak bilik tu keesokan pagi. Grr..marahlah cik Alaniah ni.haha. sebabnya flight kami pagi, tak nak la kalut2 pagi esoknye. Pastu, setel la, boleh pn diorg handle bg bukak pintu tu.hehe
Masuk bilik.tidoooo... Hehe