Tuesday, 2 February 2016

Kad kredit maybank

Bismillah..
Peace be upon you..

Petang 2 Feb 2016.. sy dpt call dr maybank kuala lumpur.. pasal kad kredit..
Slalunya kalo org bank call, mcm2 mn sekalipun, mmg sy akan cuba ngelak. Hehe. Insurans la..kad kredit la.. mcm2..hehe

Tp nak dijadikan cite.. bleh plak hari ni sy terbaik hati nk dengar sampai habis penjelasan budak cina tu. Hehe. Sesedap je pggil dia budak kn. Nama dia Yee Gin. Dia explain pasal kad kredit maybank.

Eh, ni ape pasal la plak sy bleh cair nih? Haha. Mcm tertarik plak pasal kad kredit kali ni. Katanya takde yuran tahunan, dapat banyak treats points and so on..

So, after conversation pjg lebar dgn dia.. lepas tu ape lg.. sy mula la bukak pak cik serba tahu kita, iaitu pak cik Google. Haha. Well..kat google kan kita bleh tahu sume perkara.

Tak nak la dengar dr 1 pihak je. Ye la kn, slalunya bila sy tye je sape2 pasal kad kredit..sume akan cakap "tak payah wat hutang laaa".. " jgn cari masalah laa".. dan mcm2 lg kata2 negatif dilemparkan pada kad kredit. Haha. Cian dia. Hmm..tu level pengetahuan diorg pasal kad kredit, sy tak salahkan diorg pn. Tapi, sy jenis suka baca dan dengar dr byk pihak. Barulah puas hati.

Berbalik td, lepas sy baca mcm2 pasal kad kredit di internet, ternyata kad kredit tak bersalah. Hahaha. Pemilik kad kredit tu yg kita kena kaji sbnrnya. Overall, kalo rasa xleh kawal nafsu nk membeli, jgn guna kad kredit. And lg satu rules wajib kalo nk guna kad keredit "GUNA DAN BAYAR ON TIME". Jgn tangguh bayar. Simple.

Contoh: sy nak beli kasut harga rm100 guna kad kredit, sebelum tu sy kena pastikan sy memang dh ada rm100 dlm akaun bank utk bayar kad kredit yg sy guna tu.

WAJIB mcm tu. Barulah kita dpt mnfaat. Jgn beli dulu sedangkan dlm akaun bank xde duit. Ada paham? (Pesan kat diri sndiri jgk sbnrnya ni)..

Lagi satu, apa yg sy paham..kad kredit akan bg kita byk kelebihan dengan banyaknya treat points yg kita ada. Mcm2 kita bleh redeem. Paling utama, jgn LEWAT BAYAR. thats it.

Sy niat, kalo la btl sy akan dpt kredit kad tu nnt, kad kredit tu sy akan fokus utk kumpul point dan takkan sesekali lewat bayar. Cewahh. Haha. Amin3..
(Masalahnya skrg tak confirm lg sy dpt ke x..hehe..sbbnya dia suh anta slip gaji, tp sy x anta pn. Haha).. tgk la cmne nnt..kalo dpt, dpt la. Kalo xde, xpe je. Hihi.

Cumanya rasa hepi bila kita dh paham sket benda yg sebelum ni kita tak paham. 😄

Membaca luaskan pengetahuan. Eh, tetibe. Haha..

Tili then, bye!

Wednesday, 13 January 2016

Mora Pure Argan Oil

Bismillah.
peace be upon you..

Taraaa!! I just got this just now. Its known as Pure Argan Oil. Saje nk try guna. Well..memang dah lama cari serum utk muka sebenarnya..sebab nya sejak setahun dua kebelakangan ni muka memang kerap naik jerawat dan merah. So.. sebagai alternatif percubaan..i bought this one. ;)
Produk by Mira Filzah. Kenal x? Alahhh..pelakon yg tgh hangat skrg. Heroin drama Cinta si Wedding Planner. Hehe. Manalah tau kot2 pakai produk dia jadi muka sehalus semulus Mira Filzah. Kah3..aminn ;p

ni antara kelebihan dan fungsi2 kebaikan Argan Oil. ;)

Tak cuba..tak tahu kan. Sbb tu nak try. Muka dan tubuh badan kn salah satu yg Allah bagi pinjam..jadi kita kena jaga la sebaik mungkin. ;)

*i bought this from the instagram @moraessential

Till then..bye!
Salam.

Sunday, 3 January 2016

autodownline. jom!


bismillah..
peace be upon you.. :)

Rakan2, Jom LETOPkan Biz On9 kita dgn AutoDownLine System : FREE SIGN-UP, anda tak rugi apa2 pun http://AutoDownLine123.com/?ref=63571

siapa berani, klik ye. hehe :)  sini

see you soon :)

Friday, 1 January 2016

Sinopsis Tahun 2015

Bismillah..
Peace be upon you.. :)

Alhamdulillah.
Tahun 2015 sudah pun melabuhkan tirainya.

Dalam banyak2 plan yg dirancang, ada yg tak menjadi dan ada jgk yg mnjadi lebih dr kemahuan hati. ;)

Bukankah Allah dah gtau, perancangan Dia adalah yg trbaik utk setiap hambaNya. Jadi, mana mungkin kita mampu nk elak dr menghadapinya..

Pnjg plak intro post ni. Haha.
Sebenarnya nk tulis kasi diri sendiri ingat je nikmat2 yg telah Allah bg pd diriku sepanjang hidup ni.

well, sbnrnya yg pling best sebab dlm tahun 2015, byk tempat sempat sy pergi. Yup! I love to travel, tp blum mmpu utk travel jauh2 ke luar negara. Tapiii, Alhamdulillah sgt2 dah dpt jln2 dlm Malaysia trcinta ni. Haha.

i love to travel, sbb nk tgk keadaan di tempat yg berbeza. Lain tempat, lain budaya, lain masyarakatnya, dan serba-serbi lain la. Sbb tu i suke jenjalan!

And accidently, 2015 full of trip for me! ;)

Kuala Lumpur (Januari)
Putrajaya The Atmosphere & Cameron Highlands (Mei)
Melaka (Jun)
Bukit Tiggi, Janda Baik (Ogos)
Terengganu (September)
Sarawak (November)
Bukit Fraser (awal Disember)
Tak Bai (akhir Disember)

Pheww.. some of the places sebenarnya dah pernah pergi, tp dgn org lain. Tapi yg tahun 2015 ni byk dgn family dan dgn kwn2 yg lain plak. Sbb tu rasanya lain . Hehe

Alhamdulillah Allah for everything ;)

*bertambah lagi umur 1 digit. Hihi

Tak Bai, Thailand

Bismillah..
Peace be upon you.. :)

•Selasa, 29 disember 2015, kali pertama jejeak kaki ke Tak Bai, Thailand.
•Pergi dengan Eyla dan Ain.
•Naik bot tambang rm3.
•Kena sekat dgn polis marin kat pengkalan, tapi beres je sbb upenye dia kenal. Hehe. Pernah beli spek kataya. Hehe
•Shopim dr pukul 9.30 hingga pukul 12 t.hari.
•Puas hati shopim.. Total rm 160 (3 helai jubah+sehelai skirt+sehelai tudung+brooch+air+makanan)





Akhirnya dapat jugak kenal pasar Tak Bai. Hee ;)