Sunday, 16 October 2016

Friends in my life

Bismillah..
Peace be upon you..

"Org yg belajar jauh dr kampung, memang takde kawan sekeliling rumah, tapi akan ada kawan dari seluruh Malaysia."

Yes. True indeed.

Sementara memori masih segar dalam benak fikiran ni, rasa nk coretkan kat sini mereka-mereka yg mewarnai hidup sy selama ni. 

Kalau bercerita bab kawan, mmg sy jenis payah nk brkawan. Bukan sombong, tapi mungkin lebih kpd malu. 

Start dr sekolah rendah. 
Darjah 1-6. ( tahun 1995-2000)
Asmalina dan Nornirwani. Yg ni geng zaman kt Sek Ren Keb Kemudi, Bachok. Yg paling best waktu pagi2 sblm start prhimpunan, kitorg akan beli nasi lemak 50sen, pastu makan kt kusi depan kelas. Ikin bilis diorg amik. Sy kan tak makan ikan bilis. Haha.

Form 1-3 (tahun 2001-2003)
Start form 1-3, kat Sek Men Keb Bachok. Bila masuk form 3, kena paksa ngn umi duk asrama demi PMR. Nangis2 taknak, bg alasan dekat warden asrama konon-konon bilik prep bising, jd xleh study. Warden pn bg bilik prep special punye. Ms ni lah jd ada geng. Ada Yatie, Dayah, Lah, Azyyati, Mimie dan Ja. Hehe. Sampai sekarang kitorg berhubung lg. Nama group watsap 'sek kito jange pecoh'.. haa.. gitu. Hehe

Form 4-5 (tahun 2004-2005)
Masa ni zaman kat MRSM Kota Putra, Besut. Emma, Mirah, K.eli dan ramai jgk kwn2 kt sini. Emma ni my deskmate la. Sbb tiap2 ari dlm kelas duk sebelah-menyebelah, mmg byk study sesama. Emma jgk yg ajak sy g jupe teacher ms rehat. Sanggup tak makan waktu rehat, tp g bilik guru study ngn teacher. Hehe. Thanx Ma! SPM Kita dapat A for English n EST! 

Matriks Kulim (tahun 2006)
Setahun kt Kolej Matrikulasi Kulim, Kedah. Kat sini Emma pn ada, tp dia dah amik aliran Fizik, sy plak aliran Biologi. Jd ms ni geng study dah berubah. Hehe. Ms ni byk rapat ngn Siti dan K.eli. Tak lupa jgk Lile. Ida pn. Hehe. Byk study group kt sini. Jd mcm baik ngn ramai org. Paling best time cuti beli nasi lemak, bwk makan kt katil dlm dorm. Dorm Sayang namanya. Hehe. Pergh, memories sungguh. Hehe

UKM (tahun 2007-2011)
Kt universiti ni lain mcm plak study nye. Payah memang payah. Smpai kdg2 nangis pn ada. Haha. Geng kt sini dan sekarang pn masih lg geng. Diha, Irni dan Hani. Zaman duk Plaza Rah best. Pergi beli nasi kt medan selera pastu makan ramai2 kt kondo. Lauk paling best ayam pedas+telur dadar. Haha. Dlu Hani slalu amik peha. Skrg sy plak suka makan peha ayam. Haha. Pastu kalo musim kita masak sendiri, wahh Diha paling terer. Hehe. Irni plak suke erobik ikut lagu dlm laptop dia. Haha. Mcm2 ragam kita ni. Tp best bila ingat balik sume memori ni. Hehe

Biar tak ramai, tapi syukur sebab masih ada sampai sekarang.

Hubungan demi Allah. Saling berdoa supaya semua kawan2 dan sahabat2 sy sentiasa dalam kesejahteraan dan kebahagian.

Terima kasih Allah.

No comments:

Post a Comment