Thursday 22 September 2016

Daftar haji guna KWSP

Bismillah..
Peace be upon you..

Korang dah daftar haji belum? 
Entri ni saje nk bercerita pasal daftar haji. Dulu sy hanya tahu untuk kita melayakkan diri dapat tahun giliran buat haji, kita perlu ada duit rm1300 (duit beku) dalam akaun tabung haji. Maksud duit beku tu ialah rm1300 yg kita tak boleh guna utk pengeluaran dah. Hehe.

Rupenye ada 1 lg cara selain guna duit dlm tabung haji, iaitu guna KWSP. Perkara ni memang dah lama org buat, mungkin sy yg lambat tahu. Hihi. Tapi, ok la kan..tahu jgk. Better late than never. Gituu.. hehe

Pagi td, sy p tabung haji, hanya bawak buku akaun tabung haji dan salinan terkini KWSP. Gtau je kt org tabung haji nak buat daftar haji.

Tup tup tup tup. Setel. Hehe. Sekejap je.
Alhamdulillah. Sekarang dah berjaya letak nama dlm sistem diorg. Hehe. Tahun anggaran yg sy dapat ialah tahun 2107. Phewww.. hehe. Lebih kurang 90tahun lg. Takpelah, yg penting langkah pertama dah amik dah.

Ya Allah, sampaikanlah hambaMu ini ke rumah Mu.. aminn..


Sunday 4 September 2016

Singapore Day Trip with my lovely Umi

Bismillah..
Peace be upon..

Singapore. Kota Singa katanya. Tahun 2010 dulu sy pernah datang dah. Tapi, dgn lawatan belajar. Dan tak puas hati sbb mmg takde jalan2 pn, sekadar ke kilang je. Haha.

Thats why sy mmg teringin nk jejakkan lg kaki ke kota singa tu. Sy bwk umi je, nk pergi ramai2 satu family, tak cukup bajet ms tu. Haha. Well, sume tahu kan mata wang kt sana tinggi beb. Aritu pergi sana sy tukar duit rm600 dapat 200SGD. Phewww..

Memang jalan2 je sehari suntuk. Nama pun One Day Trip kan. Hehe. Dari subuh hingga ke malam mmg round Singapore je la. Hehe

Tepek sini la gambar2 kenangan sepanjang kt Singapore ritu ;)









Puas hati, walaupun hanya sehari. Hehe. :)

Saturday 3 September 2016

Cyst

Bismillah..
Peace be upon you..

1september 2016.
First time datang cek kesihatan kt klinik Penambang. Asalnya nak cek tahap kolestrol. Pastu alang2 sekali,terus tanya doktor psl perut buncit ni. >_<

Actually, sejak setahun dua ni memang dah rasa perut mcm buncit je. Sy ingatkan sebab berat badan naik. Tapi dah banyak kali dah sy mengadu yg rasa mcm buncit lain mcm, mcm ada ketulan keras dlm perut, pastu jarang2 sekali, sakit perut. Tapi, takde org peduli sgt. Diorg ingatkan saje2 je sy ckp perut buncit. Huhu.

And guess what news i got today? Hmm..
Mula2 doktor cek2 cmtu je perut, pastu dia rasa lain, dia kata nk scan. Dlm hati sy "wah..scan mcm org nk tgk jantina baby je". Hehe. Pengalaman awal. Belum pregnant dah nk kena scan. Huhu.

And then, cuak jgk la bila doktor siap panggil doktor yg sorg lagi, pastu 2org lg misi. Diorg terkejut bila pegang perut rasa ketulan(cyst) tu. Doktor ukur, katanya dah 13cm.. diorg duk ckp2 selalunya yg 8cm pn kena operate dah.. sy punye ni dah 13cm. Dup dup dup. Debar wehh.. mereka ckp ovarian cyst. And they will give me a date for a follow up at the hospital.

Mereka kata kena operate. Ape yg sy harap, mudahan lepas operate, dah takde ape. Insya Allah. 

Doakn ye!

Ni study sket pasal ovary cyst. (Takut punye pasal)