Sunday 26 July 2015

Segmen Blogwalking Lepas Raya!



bismillah..
peace be upon you :)

hari ni masih dlm bulan raya, 10 Syawal..
jd Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua.
Maaf zahir batin.

Bukak2 blog terjumpa segmen blogwalking ni, jd tanpa segan silu sy pun nk join sekali la. hehe. Boleh tambah kenalan dan tambah pengetahuan, ye dakk? hihi

nk tag irnisuhanamuhamad.blogspot.com la. jom join sama2. hehe :)

kenangan masa raya yg paling akan ingat ialah sebab Alhamdulillah masih diberi keizinan Allah dapat beraya dengan family tercinta.

Alhamdulillah :)


Saturday 25 July 2015

Aqif Turns 2

Bismillahh..
Peace be upon you ;)

This year, my nephew, Muhammad Aqif Miqael turns 2. Its just like pejam celik pejam celik, dh masuk 2tahun upenye budak manja kededek ni. Hehe.

16julai was the exact day, but we managed to throw a quick and the simplest besday party on the 2nd Syawal. Well, umi yg bersungguh nk bt makan2 sket, niatnya nk pggil ank2 sedara yg terdekat je..erat silaturrahim :)











Bertambahnya umur budak kecik nih,
Mknanya bertambahlah jgk umur makciknye ni. Haha.
Well, dunia. Lumrah. ;)

Till then,
Bye! :)

Monday 20 July 2015

Aidilfitri 2015

Bismillah..
Peace be upon you.. ;)

Salam pembuka bicara,
Selamat hari raya.

Haha.
Hari ni dah hari raya ke4. ALHAMDULILLAH.

Well, actually hari raya tahun ni penuh dgn kesederhanaan dan tiada pembaziran berlaku,kikiki. Nafsu bershopim berlebihan dpt dielakkan dgn jayanya. Haha. Almaklumlah, biskut raya pn buat sendiri wlwpn sedapnya tak seberapa,haha! Tapi, puas hati dpt cabar diri sendiri. :P


Ehem! Sape perasan apa yg familiar dlm gambar di atas? Hik3.. kalo korang tahu, mmg hebat ah! Haha.

Truthly, same raya outfit with the last year punye. Haha! Jujur sejujur-jujurnya la ni. Padan muka sendiri dan padan muka adik2 jgk. Haha. Sebabnya baju yg ni HANYA SEKALI sahaja dipakai which is the first day aidilfitri 2014. Selalunya adik2 akan pakai baju melayu p masjid utk solat jumaat, tapi tidak utk baju ni. Xtau ape ke halnya, mmg baju melayu ni xde sape yg pakai utk solat jumaat, soooo...umi decide raya tahun ni kita pakai semulaaaa.. hahaha. Sama tema ngn tahun lepas pun bagus pe. Hihi. Again, tiada pembaziran berlaku.haha. baju raya baru hanya dibeli utk hari ke2 raya. Hehe ;)

Baju sama, kita lainkan ia dgn tudung yg lain plak.hehe ;)

Me with Alan, Iby and Adik ;)

Selfieee di pagi raya. ;)

Tahun ni Kak Amy beraya di belah umah suami dia kat Pasir Mas. Hanya gambar ini kiriman di pagi raya pertama. Hehe ;)

Lepas berselfie sakan, kami start projek mnjejak sanak saudara dan proses mngisi perut. Hik3.

Rumah pertama kami serang - rumah Pak Su Mad di Tikat. Hehe. Kat sini mkn nasi dagang best! ;)

Rumah kedua -rumah Tok Su kat Pengkalan Chepa, mkn kuzi ayam cicah ngn roti. Beshhhh! ;)

Ni budak2 berkenan ngn moto tok su. Haha

And then, rumah ke3 ialah rumah CikNah di Bachok. 

At Ayah Long's house ;)
Rumah ke4.

This is umi's eldest brother, Ayah Long ;)

And then, kami ke rumah Mak di Gunung. Pastu ke rumah Ayah Chik and the last one is ke rumah C.Rose di Padang Halban, Melor ;)

Ni la C.Rose, kakak umi ;)


The End for 1syawal1436H.
7buah rumah dlm sehari. Keh3. Sebab umi memang suka berjalan dan berziarah habis sume sanak saudara. Memang dh jd rutin setiap raya tiap tahun. Erat silaturrahim dan bleh saling kenal mengenal sanak saudara ;)

Slmt.Hari.Raya

Salam. ;)






Tuesday 14 July 2015

Projek Biskut Raya #5. Biskut Nestum Choc Chip

Bismillah..
Peace be upon you.. ;)

Sebenarnya, sebelum ni, sy dah pernah buat biskut quaker oat, tapi disebabkan sy x bpe sukakan oat, so i choose to make Biskut Nestum plak. Hehe. Tambah plak coklat chip, mmg i likeeee lah. Hehe ;)

Bahan-bahan

250gram buutercup
1 cawan gula halus
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
Coklat chips
3 cawan nestum
1 cawan tepung jagung
2 1/2 cawan tepung gandum

Caranya plak :

1. Gaul marjerin dengan gula sehingga putih.

2. Kemudian masukkan telur dan esen vanila, gaul lagi hingga sebati.

3. Masukkan nestum dan kemudian masukkan semua tepung sedikit demi sedikit.

4. Gaul lagi sehingga membentuk doh. Masukkan coklat chips.

5. Bentukkan mengikut bentuk kesukaan kita.

6. Bakar.

Siap!



Try lah! Hehe
Salam ;)

Monday 13 July 2015

Projek Biskut Raya #4. Cornflakes Chocolate Cluster

Bismillah..
Peace be upon you ;)

Tadaaaa! Ini lah dia projek keempat sy. Cornflakes Chocolate Cluster. Macam Cornflakes Madu je kejadiannya, cuma yg ni guna coklat, bukan madu. Ehhe ;)
Bahan paling penting ialah 3 benda alah ni la. ;)

400g cornflakes
250g dark choc compound
250g milk choc compound
1 sudu kecil minyak masak (nak kasi berkilat dan licin)
Papercup

Caranya:

1. Masukkan coklat dan minyak masak ke dlm bekas, dan cairkan dengan kaedah double boiler.

2. Selepas coklat cair, masukkan cornflakes, dan kacau sampai rata.

3. Masukkan dlm papercup. Sejukkan sekejap dlm peti ais.

4. Bila coklat dah mengeras, simpan dlm bekas kedap udara.

Siap!

Memang sedap!
Cubalah ;)

Till then,m
Salam ;)

Sunday 12 July 2015

Iftar with company members

Bismillah..
Peace be upon you.. ;)

A week before iftar with colleagues, i joined the iftar organised by my boss..at Renaissance Hotel, Kota Bharu. Yes, every year, my boss will treat us an iftar joined by all his staffs..












 After that, Eyla and i went to the Wakaf Che Yeh.
And back to home at about 10pm.. hehe
Then, Zzzz..

;)

Saturday 11 July 2015

Agar-agar Bandung

Bismillah..
Peace be upon you.. ;)

22 Ramadhan ago..
I made Agar-agar bandung for iftar as a dessert.

Very easy and yet very simple. Oh, well, i memang buat resepi2 yg simple aje. Kah3.

Just need 4 things:

■ 1 paket serbuk agar-agar
■ 3 cawan air
■ 1 cawan gula
■ 1 tin susu cair
■ 1 sudu strawberry emulco atau sirap

Caranya :)

Didihkan air, masukkan serbuk agar-agar, kemudian masukkan gula, kemudian masukkan strwberry emulco atau sirap, kemudian masukkan masukkan susu cair, kemudian tunggu mendidih sekejap, kemudian masukkan ke dalam acuan, kemudian sejukkan sekejap, dan kemudian letakkan dlm peti sejuk, kemudian potong2 dan makan!

Huh! Bpe byk kemudian laaa.. hik3..
Tapi camtula. Haha


Sekian ;)







Iftar together with colleagues

Bismillah..
Peace be upon you.. :)

My colleagues and I were having iftar together at Sireh Kopitiam. Thank God for giving me this nice moments. ALHAMDULILLAH.

Lets the picture tells everything :)







Ni tomyam ayam superbbb! ;)

Sekian sahaja cerita semalam.hik3
10.7.11

Salam.


Thursday 9 July 2015

Projek Biskut Raya #3. Biskut Sarang Semut

Bismillah..
Peace be upon you.. ;)

Biskut Sarang Semut. Well-known kan. Hehe. Ia adalah projek cabaran sy yg ke3. Hehe. Biskut ni pun salah satu drpd biskut feveret sy, jadi haruslah kena reti buat sendiri. Lagi jimat kn. ;)

Bahan-bahan

● 250g buttercup
● 1 cawan gula pasir
● 1 biji kuning telur
● 1 sudu kecil esen vanila
● 1 cawan tepung jagung
● 1 cawan tepung kastard
● 3 cawan tepung gandum
● hiasan : manik2 

Cara-cara

1. Masukkan buttercup dan gula, gaul rata.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila, gaul rata.
3. Kemudian masukkan semua tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh.
4. Kemudian, parut doh menggunakan pemarut.
5. Masukkan ke dalam papercup dan hias dengan manik pelbagai warna/coklat rice.
6. Bakar dalam 10 minit dgn suhu 170○c.

Siap!

Doh yg ideal. Hik3

Ni rupa doh selepas diparut. :)

Tadaaa! Yg ni dah siap dibakar :)


Projek Biskut Raya #2. Biskut Badam Koko

Bismillah..
Peace be upon you.. ;)

Ni projek kedua sy. Hehe. Cabaran utk diri sendiri. Sy xtahu nama ape nak bagi. Sebabnya sy memandai2 je ni masa buat biskut ni. Hehe. Kita bagi dia nama Biskut Badam Koko pn ok jgk kot. Haha.

Bahan-bahan

● 250g buttercup
● 1 cawan gula pasir
● 2 biji kuning telur
● 6 sudu besar kacang badam (kecik-kecik)- sangai dulu sket
● tepung gandum secukupnya
● 2 sudu besar serbuk koko

Cara-cara

1. Campurkan buttercup dan gula, gaul rata.
2. Masukkan kuning telur n sedikit esen vanila, gaul rata.
3. Masukkan kacang badam, gaul rata lg. Hehe.
4. Kemudian, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yg tak keras dan tak lembik.
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 
6. Masukkan serbuk koko kepada 1 bahagian.
7. Lepas tu, bentukkan adunan kepada bentuk yg kita suka dengan menggabungkan dua adunan itu.
8. Bakar.

Siap!

Sy gabung dan bentukkan macam ni je ;)




Projek Biskut Raya #1. Biskut Koko

Bismillah..
Peace be upon you.. ;)

Biskut pertama yg sy buat utk raya tahun ni adalah Biskut Koko. Ingatkan nk buat biskut cornflakes dulu, tapi rasa mcm nk try yg lain plak, sebabnya kali pertama sy buat biskut koko, ianya x menjadi. Cisss.. haha. And again, sy cabar diri lagi sekali. Alhamdulillah, boleh dimakan, jadi hepi la i. Haha

Bahan-bahan senang je, mcm biskut asas je

● 250g buttercup
● 1 cawan gula pasir
● 2 biji kuning telur
● sedkit esen vanila
● tepung gandum secukupnya
● 2 sudu besar serbuk koko
● 1 sudu kecil emplex (utk kasi biskut rangup)
● hiasan: coklat rice

Cara-cara

1. Campur buttercup dan gula pasir, gaul rata.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila, gaul rata lagi.
3. Kemudian, masukkan tepung gandum dan emplex. Dan serbuk koko. (Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yg x berapa keras dan x terlalu lembut. Tengah2 la. Hehe. Utk senang tekap bentuk)
4.  Bentukkan mengikut bentuk kesukaan kita. 
5. Hias di atas dgn coklat rice.
6. Bakar pada suhu 170○c selama lebih kurang 15minit camtu. (Pandai2 la tengok sendiri). Hehe

Done! 
Weee ;)

Biskut Koko in the progress... :)

Tuesday 7 July 2015

50kg

Bismillah..
Peace be upon you..

Bercakap mengenai berat ni, ada sesetengah org sensitif. Hehe. Tapi, sy syukur sebab sekarang dh dapat berat badan yg elok2 dah dengan ketinggian.

Dengan tinggi kalo x silap 160cm, sy sepatutnya mempunyai berat badan dlm lingkungan 50kg atau 50kg lebih2 la kan.. and ALHAMDULILLAH dah capai dah. ;)

Dulu2 masa zaman sekolah, memang semua org ckp sy kurus kering. Hihi. Tak marahhh pun, sebab i admit memang i rasa mcm melidi pn. Haha. Berjalan pun mcm boleh diterbangkan angin. Haha. Seingat sy, dulu berat badan dlm 37kg.. hinggalah lepas abis universiti, paling berat yg boleh capai adalah 43kg.


Haa, tgk buktinya ini. Haha. Belek2 diari dulu, sengih sorang2, sebab dulu memang sy suka bernazar. Mcm2. Pasal nk gemuk pn sanggup bernazar. Tapi yg bernazar pasal nk gemuk ni, tak tercapai, sebab masa sy grad tahun 2011, berat bdn tak capai 50kg.hehe.

Kt diari tu bertarikh 11julai 2010, 
Dan sekarang julai 2015, i am the 50kg happiest girl. Haha. Memang start dr tahun 2015 baru rasa makin sihat sbb makin berisi sket. Haha.

Dulu2 kalo beli baju, bleh pakai rembat je yg free saiz pun, but now, kena bg full consideration pasal saiz2 baju ni. Hik2..

Apepun, sy bersyukur sgt sebab dgn berat badan 50kg with 160cm height, BMI sy dah normal. ALHAMDULILLAH. Dulu2 underweight. Hehe.

Syukur Allah masih beri nikmat kesihatan.
ALHAMDULILLAH ;)

*now, makan secara sihat, maintain berat badan ok! ;)

Selamat brbuka puasa!

Till then, 
Salam ;)