Monday 13 July 2015

Projek Biskut Raya #4. Cornflakes Chocolate Cluster

Bismillah..
Peace be upon you ;)

Tadaaaa! Ini lah dia projek keempat sy. Cornflakes Chocolate Cluster. Macam Cornflakes Madu je kejadiannya, cuma yg ni guna coklat, bukan madu. Ehhe ;)
Bahan paling penting ialah 3 benda alah ni la. ;)

400g cornflakes
250g dark choc compound
250g milk choc compound
1 sudu kecil minyak masak (nak kasi berkilat dan licin)
Papercup

Caranya:

1. Masukkan coklat dan minyak masak ke dlm bekas, dan cairkan dengan kaedah double boiler.

2. Selepas coklat cair, masukkan cornflakes, dan kacau sampai rata.

3. Masukkan dlm papercup. Sejukkan sekejap dlm peti ais.

4. Bila coklat dah mengeras, simpan dlm bekas kedap udara.

Siap!

Memang sedap!
Cubalah ;)

Till then,m
Salam ;)

No comments:

Post a Comment