Thursday 9 July 2015

Projek Biskut Raya #3. Biskut Sarang Semut

Bismillah..
Peace be upon you.. ;)

Biskut Sarang Semut. Well-known kan. Hehe. Ia adalah projek cabaran sy yg ke3. Hehe. Biskut ni pun salah satu drpd biskut feveret sy, jadi haruslah kena reti buat sendiri. Lagi jimat kn. ;)

Bahan-bahan

● 250g buttercup
● 1 cawan gula pasir
● 1 biji kuning telur
● 1 sudu kecil esen vanila
● 1 cawan tepung jagung
● 1 cawan tepung kastard
● 3 cawan tepung gandum
● hiasan : manik2 

Cara-cara

1. Masukkan buttercup dan gula, gaul rata.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila, gaul rata.
3. Kemudian masukkan semua tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh.
4. Kemudian, parut doh menggunakan pemarut.
5. Masukkan ke dalam papercup dan hias dengan manik pelbagai warna/coklat rice.
6. Bakar dalam 10 minit dgn suhu 170○c.

Siap!

Doh yg ideal. Hik3

Ni rupa doh selepas diparut. :)

Tadaaa! Yg ni dah siap dibakar :)


No comments:

Post a Comment