Thursday 26 March 2015

15. Throwback Banjir Besar Kelantan 2014

Bismillah..
Peace be upon you., ;)

Tahun 2014 sememangnya meninggalkan banyak kenangan bt sy dan juga Kelantan.

Tahun 2004, memang ada banjir besar yang melanda Kelantan, dan siapa sangka rupanya banjir datang lg pada tahun 2014.

Sebelum ni, slalu je kami adik beradik slalu bertanyakn pd umi.. bila lah nk banjir..nak main air., nahhh, skali Allah bagi kami merasa banjir setelah 10tahun. Siapa sangka kn.. Kun Fayakun ;)

Banjir tahun 2014 lagi besar dr 2004 dulu. Yg tahun 2004, seingat sy yg ketika itu berumur 16tahun, tidaklah sebesar tahun 2014. Kami adik beradik memang main air je kejenye.hehe.

Tapi, sebaliknya di tahun 2014.  Banyak pengalaman yg sy dpt drp banjir besar ni. Ada baik, ada buruk. Macam2. Betullah Allah kata, setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya.

24 Disember 2014. Rabu. Sy masih di tempat keje, tp keadaan di tempat keje jadi makin kelam-kabut apabila pihak pengurusan mengarahkan Tesco Kota Bharu supaya ditutup. Orang ramai diarahkan keluar kerana paras air sungai makin menaik. Sy dan rakan2 konon2nya Yay! bleh balik awal ari ni, tp rupanya Yay! tu sekejap je.hehe. Sebabnya jalan jem. Bayangkan dr tempat keje ke rumah sy yg kebiasaannya 10 minit, tp mnjadi hmpir 2jam akibat jem. Thumbelina pn dapat sakit jgk aritu sbb ntah kereta mn yg kt belakang sodok dia..nasib la.. Dr kul5.30, kul8 mlm sy tiba di rumah. Rekod dahsyat betui. Fuhh..

25 Disember 2014. Khamis. Sy bangun lewat gara2 letih yg amat drive dlm jem. Bunyi bising kat luar rumah. Dan amatlah sy trkejut bila tgk2 di halaman rumah air telah naik. Astaghfirullah.. smlmn sy tido nyenyak, tanpa sedar upenye orang lain kalut dgn keadaan air yg makin naik..

Tp masa tu air di paras trkawal.. adik2 siap mandi-manda lg. Hehe


Keadaan terkawal dan kami rasa masih ok, sebab air hanya di paras tangga. Nasib baik rumah ni tinggi. Jadi, dalam rumah masih selamat. Tapi, yang tak syoknya, petang tu bekalan letrik dan air putus. Grrr.. mmg xleh nk wat ape. Rasa mcm zaman darurat. Ms tu kakak sy, Kak Amy dlm brpantang ank ke2, mmg btl2 susah nk jaga baby lg dan mcm2 lg. Malam tu kami 1 family tdo bergelap. zZZzzzz dgn nyamuk2.. haha

26 Disember 2015. Jumaat. Paras air makin naik. Letrik dan air bersih mmg xde.

Jadi, kami semua sepakat kena berpindah. So, we decide to go back to Bachok. Pindahhh...dlm keadaan bnjir? Cuak kot. Knfem2 yg bleh guna adalah bot n sampan je la. Adik2 laki sy yg carikan bot. Mujur ada p.cik sudi tolong kami utk pndah. Itulah kali pertama dlm hidup sy naik bot. Mulut n hati x brhenti mengucap. Hehe. Sebab takut. Naik bot di atas air paras dada. Err, memang pengalaman yg takkan dilupakn!



Dari rumah, p.cik bot hantar ke Hayaki, kemudian sy harung bnjir ke Hotel Seri Pacific. Kemudian, jalan kaki lg dgn umi p amik kereta di jalan bayam. Kalo hari biasa, mmg takkan la jalan kaki sejauh tu.hehe. Tp bila dh keadaan terpksa mcm tu, boleh plak. ;)

Mujur jalan masih boleh dilalui utk balik ke kg di Bachok. Kami semua tnggal sementara di Bachok. Banyak hari jgk kot. Bekalan mknn pn susah nk dapat. wlwpun kt Bachok tak banjir, tp bekalan kt kedai2 runcit makin habis. Mmg dapat merasa la kami semua zaman ala2 darurat. Apepun, Alhamdulillah..

Sepanjang kt kg, byk la sy dpt info2 banjir dr kwn2 tntang keadaan di Kota Bharu dan daerah2 lain. 


Dari 26 Disember hingga 31 Disember kami di Bachok. Syukur ke hadrat Illahi, sbb kami masih ada tempat berteduh brbanding org lain yg lg teruk. 

Alhamdulillah tahun 2015 masih Allah bagi pd kita semua.

1 Jan 2015. Sy start keje mcm biasa.

Rutin harian berjalan mcm biasa. Sy syukur.

Tapi mereka yg lain? Ye, mmg ramai lg mangsa banjir yg tak mungkin akan dapat menjalani rutin harian mcm biasa. Ada yg hilang rumah, kereta malah nyawa pn. Apa yg mampu kita tolong, kita tolong. Paling tidak pn, DOAkan mereka.

Pengakhiran tahun 2014 penuh pngalaman bg sy sendiri yg tak mungkin akan sy lupa smpai bila2.

BANJIR. Ujian ALLAH.











No comments:

Post a Comment